Thursday, 7 June 2012

I am back!

Assalamualaikum. 

Almost 6 months now! Lama sungguh x update blog yg tak seberapa ni. Kesian kat blog ni, terabai. Maaflah, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam masa yang limited. Tapi alhamdulillah hari ni, diberikan sedikit masa utk tulis something. :) 

Kalau nak ikutkan, sgt banyak menda yang boleh dishare for the past 6 months. I don't know where to start actually. But what i can say is I am so thankful to Allah for this great life. Terlalu banyak nikmat dan rahmat. Thanks Allah, ALHAMDULILLAH.. 

Satu perkara yang mungkin menarik utk dikongsi adalah tentang long-distance marriage. Selalunya lepas kahwin, semua orang mesti nak tinggal sekali dengan pasangan masing2, tp dalam situasi sekarang ni, saya dan suami terpaksa tinggal berjauhan. Sob3.. Hari-hari rindu-rinduan, nak buat macam mane, terpaksa la menguatkan diri. Saya masih berlajar di Adelaide, insyaAllah tinggal lagi 1 semester. Perjalanan sy di sini sgt panjang, 1 tahun setengah utk preparation (AUSMAT or South Australian Matriculation) dan 6 tahun medical degree. Adelaide masih lagi mengekalkan 6 tahun utk MBBS. Walaupon di tempat lain kebanyakannya dah jadi 5 tahun! So in total 7 and 1/2 years utk mendapat undergraduate degree! Kalau bidang lain, dah bole dapat phd da kot. 

Berbalik pada long-distance marriage, seriously bukan mudah bagi suami dan isteri. Physically, mentally, emotionally dan semua2 la.. Especially awal2 berjauhan. Selepas bernikah pada 21/01/12, alhamdulillah kami dapat tinggal bersama selama 7 minggu. Antara saat-saat paling manis dalam hidup saya personally, dapat mengenali suami dan menyesuaikan diri dengan kehidupan berumahtangga. Antara memori paling best haruslah waktu pergi honeymoon dengan kekasih halal. Honeymoon pertama, kami pergi ke Port Dickson, dekat jea. Xsampai 2 jam drive dah sampai. Berapa banyak duit habis jangan tanye la. Duduk di Hotel Grand Lexis selama 3 hari 2 malam. Yang paling best sebab die ade swimming pool dalam bilik. Senang sikit nak mandi manda xperlu jaga aurat. 

Swimming pool dalam bilik. Walaupon xberapa besar,
tapi just nice la utk 2 org. 

Waktu malam di kawasan hotel. Resort ni atas air. 
So bila keluar malam2, bole dengar bunyi air laut 
dan tengak sunset :)

First time main table tennis dengan Abang. Nasib baik 
dua-dua tau main. Best! 

Ok, cukuplah tu utk first honeymoon. Time dekat port dickson ni, tibe2 suami suggest pergi Pulau Pangkor the next week. Ingatkan main-main, sekali betul2 pergi Pulau Pangkor eventually with plan yang mengejut. Kami xtempah ape2 hotel or resort pon sebelum pergi. Memang orang kata pakai redah je pergi. Kami sampai di jeti lumut pukul 12 malam hari jumaat dan sewa satu budget hotel utk tidur satu malam jea. Awal pagi terus gerak naik feri ke Pulau Pangkor. Waktu parking kereta di parking building Jeti Lumut pagi tu, kebetulan ade sorg agent resort ni approach kami, dan terus carikan resort di Pulau Pangkor. 

Honeymoon kali ni lain dari yg first. The first one in PD is like a high class honeymoon, most of the time dalam bilik, mandi swimming pool, then makan pon dekat hotel buffet. But for Pulau Pangkor, we spent most of the time outdoor. Naik motor keliling pulau, snorkeling sampai 2 kali, mandi pantai sampai hilang kunci bilik (so kena bayar sebab hilangkan kunci) and asyik keluar makan jea. Haha, sehari berapa kali ntah pergi keluar makan. 

Tp moment yang paling best di Pulau Pangkor bila ktrg pergi merentas laut ke satu pulau kecil. Rasanya name pulau tu Coral Island. Bila waktu tengahhari air dah surut, ktrg literally berjalan kaki merentas laut ke pulau tu. Di dasar laut tu pulak, ade banyak sgt timun laut- ala2 gamat hitam, lembik, slimy dan menggelikan. Kebetulan selipar saya tercabut kat tengah2 laut tu, so memang akan terpijak makhluk2 yang lembik itu. Sebab husband saya sgt sweet and strong, Abang telah menawarkan diri utk dokong sy (piggy back), dan dengan gembiranya saya pon bersetuju. Hehe. And dengan sepenuh tenaga, Abang dokong merentasi laut sampai ke Coral Island. It takes about 10-15 minutes kot time tu. So sweet and romantic time tu. :) 

Atas feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor

Tengok sunrise same2.. Kukuh je buaian ni 
walaupon nampak senget semacam jea. :)

Rasanye mcm dah lari topik jea, mule2 tadi nak cerita pasal long-distance marriage, tbe2 jadi cerita pasal honeymoon plak. Tp bila dapat bercuti dengan suami, memg sgt best sbb boleh explore ape2 je together. Selama ni xpernah buat pon jadi boleh buat lepas kahwin. And saya sangat bersyukur sebab saya dan suami kami same2 sekepala. So senang nak decide pergi mane2 dan buat aktiviti together. 

I think that's enough for this time. Rasa byk sgt nak tulis sbb dah lame mengabaikan blog ni. And next week I am going home for holidays. Excited sgt nak balik jumpa suami, family dan anak2 buah yg baru dilahirkan. Tp paling excited haruslah nak jumpa suami. Selama berjauhan, hanya dapat dengar suara dan tgk video through skype. Next week dapat physically bersama dengan suami, satu rahmat dan nikmat yang sangat besar. InsyaAllah :) 


Saat lepas akad nikah. First time pegang tangan Abang. 
First time cium tangan suami yang dicintai :) 


No comments:

Post a Comment