Saturday 24 December 2011

Pre-wedding..

Masa bergerak dengan pantas. Dah 3 minggu rupanya balik Malaysia. Baru sempat nak berehat-rehat sikit. Sepanjang 3 minggu lepas, memang busy sgt, from beli barang nak kahwin, settlekan borang kahwin sampailah renew passport kat jabatan imigresen. And next week da start placement di hospital putrajaya. Cepatnya masa berjalan.



Bercakap pasal wedding preparation, saya ni bukan jenis yang teliti. List to do utk wedding ni pon letak dalam list to do kat handphone tu haa.. So far perkara-perkara penting dah settle, tinggal nak nikah jea. Antaranya:

1. Borang kebenaran berkahwin lelaki & perempuan (paling penting, xde ni, xboleh kahwin atau pon kena melalui mahkamah kalau xdapat kebenaran). Yang ni da settle last week. Alhamdulillah, lancar je, xde masalah.

2. Tempahan catering utk kenduri - Dah settle, catering from shah alam. Ni family yang uruskan. tau2 da ade jea.. Hehe..

3. Khemah utk kenduri - Same jugakla yg ni, kakak yg tolong tempahkan. Balik Msia da settle ditempah. Colour sume da pilih. Pasrah je la.. Haha..

4. Tempah tok imam utk nikahkah. Memang kenal pegawai nikah ni, mudah sikit urusan. Yang best, dia ada bacaan ikrar pengantin lelaki, perempuan, dan wali selepas akad. Dia rajin sikit nak sediakan ikrar2 tu semua nampak nikah tu ade protokol. I loike~

5. Baju pengantin, solekan, pelamin, photographer - Yang ni, memang tempah pakej kat orang yg same. Kenal dengan mak andam ni jugak. So, senang kerja. Baju da tempah sume, belah lelaki dan perempuan. Colour tema belah perempuan - Peach pink. Colour tema belah lelaki - biru firus. Baju biru firus tu cantik, memang berkenan sgt. Tak sabar nak pakai... Hehe.. Pelamin pon dah pilih. Alhamdulillah :)

6. Videographer - Awal2 dah tempah sbb takut tarikh tu ramai org kahwin. Video utk majlis nikah dan bersanding. Yang ni tak habis fikir lagi style video camne yg sy nak. Ade sape2 boleh kasi idea? hehe..

7. Kad kahwin - Dah pos sebahagiannya. Utk org2 kampung ni, ada yang belum bagi. Next week, kena jalan naik kereta pass sendiri kat rumah2 sekitar ni. Nak harapkan sape lg. Sendiri la kena buat. Hehe..

8. Bilik pengantin - On the way. Byk lagi x settle mcm hiasan sume tuh. Nanti la cari idea dulu.

9. Goodies - Dalam proses utk buat. Buat awal2 sgt nnt xbest plak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ada sape2 nak tlg??

10. Hantaran - barang sume da settle, tinggal nak hias. Ni boleh buat dalam minggu terakhir sebelum nikah. Ada makcik offer nak tolong buatkan. Boleh fikirkan kemudian

11. Baju keluarga - Semua dah tempah. Settle. Beli kain dekat jakel. Masing2 tempah ikut citarasa sendiri.

12. PA system - ni mak yang tempah.

13. Kompang - Not yet. Belum sempat lg nak book.

14. Pengapit - Sudah ada! hehe.. You know who you are.. :)

Rasanya tu je kot so far.. Nanti nak kena tgk balik checklist. Lagi 4 minggu nak kahwin! Hehe.. Excited but takut jugak. Tanggungjawab makin bertambah.

Nampak sweet kek ni.. Yummy... 

Ok, nak pergi kenduri kahwin. Thanks for reading my blog. :)

Wednesday 30 November 2011

Adelaide pon ade pencuri gak!

Assalamualaikum to all. Today, i just feel like writing something in this blog. Maybe it's not interesting to read, but after all, this is my blog. And I'm free to say anything, about me and my life. 

I just finished my exam yesterday, very exhausted with the long interval between exams. Home is where my heart is right now. So many things happened in the last couple of weeks. So many things are going to happen in the coming weeks as well. Excited, but at the same time, nervous. 

To begin with, my house in Adelaide had been broken into 6 days before my very first exam! I was studying with  one of my friends at the university, and my fellow housemates were not at home as well at that time. The house was left empty only for a couple of hours. If i remembered it correctly, it's just about 3 hours. I still remembered how shocked I was when Lynn called me..

"Paim!! Nape tak bawak handphone? Saya rasa awak patut balik sekarang. Awak jgn terkejut tau kalau sy cakap ni"

My heart was beating like hell. "Apa da jadi ni? Kenapa?" I asked Lynn.

"Rumah kita kena pecah masuk! Habis semua laptop diorang amek.."

My hand was shaking and trembling. I just could not believe what Lynn just told me. Adelaide is supposed to be safe. I told my study mate straight away about what had happened. 

When I arrived at home around 5 pm, a CSI officer (stated on his cloth) came about the same time. He started looking for evidence, taking fingerprints from back door and back window (this is where the thief broke into our house). Adilah, my other housemates was quite impressed because this is really happening. 

"Rasa macam tgk CSI plak. Ada letak habuk2 nak amek cap jari lagi"



And his camera was impressive too. "Besarnya DSLR dia, lens bukan main panjang lg" 
And now we are waiting for the full report. The chance to get back our stuffs are very slim. We lost about AUD3000 in total (5 laptops, 1 external hard disc, 1 mobile phone, 1 headset)

Okay, get back to reality. Yesterday, I received my new laptop "Lenovo IdeaPad Z series" for a very reasonable price. The specs include intel core i3, nVidia GeForce, 4 GB RAM, and 500 G hard disk. Murah seyh!! I don't think that I can get that price in Malaysia. Approximately RM1100 ONLY with free express delivery from lenovo website. They are having Christmas sale. I'm not sure whether the sale is still on now.

Now, I am very sleepy and hungry. I just get back from Arndale Shopping Center. Lynn and I went to Greater Union to watch breaking dawn part 1. Overall, not bad. Only 6 people were in the cinema. 

"Rasa macam sewa satu panggung pulak.. Haha"

People said that the birthing scene is quite traumatic. But, for me it's nothing compared to the real things that happen in delivery suite. More blood and more intense. I would not comment about the rest of the movie. It was okay for me as I'm not expecting too much before watching it.



Okay, I think that's enough for today. I'm going home this Saturday. Yeay!! Nak balik kawen.. Hehe.. Next time, I will share about my preparation for my wedding. Yes, it's going to happen. Soon.. :) 




Friday 4 November 2011

Khas untuk bakal suamiku~







Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh-solehah..

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah..


~terjumpa kata-kata indah ni dari website ni

~semoga sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi suami dan isteri yang terbaik dalam mencari redha Allah. InsyaAllah




"Hidup bersama melengkapi kekurangan, 
meraikan kasih sayang 
dan mendidik sifat sabar dan tanggungjawab"

Sunday 30 October 2011

Fragrances for women

Fragrances for women on sale now (ends 8/11/2011)
Please browse the products below.



You can place your order by:

-         Email me at ozperfume@yahoo.com (recommended)
-         Facebook inbox: fahimah m hambari
-         Sms +61420753266

Order confirmation and details for payment will be sent via email only.
Sale ends 8/November/2011 (last day to order)
All products will be available in Malaysia on 6/December/2011.
Thank you. Happy shopping J







Fragrances for men

Fragrances for men on sale now (ends 8/11/2011)
Please browse the products below. 

You can place your order by:

-         Email me at ozperfume@yahoo.com (recommended)
-         Facebook inbox: fahimah m hambari
-         Sms +61420753266

Order confirmation and details for payment will be sent via email only.
Sale ends 8/November/2011 (last day to order)
All products will be available in Malaysia on 6/December/2011.
Thank you. Happy shopping :)





Sunday 23 October 2011

A decision that changes my life~

Assalamualaikum kepada semua yang sudi tengok blog ala-ala kebudak-budakan ni. Ahaks. Yang penting, berani mencuba. Dlm last entri, saya ada janji nak cerita pasal a big decision that will change my life. Actually ade banyak, tapi this one is gonna change my entire life. Seriously!

Sure ramai yang akan fikir that I will talk about getting married kan? Nope this time, it's something to do with money.. Haha, not really actually. Ok, straight to the point la, make things easier. It's my profession that's I have to decide and finally I ended up in a pathway to become a DOCTOR. I have to admit that initially that's not really my first top-ranking choice, seriously I love physics and chemistry (huhu, mcm nerd jea kan). Mula-mula, ingat nak proceed studies in chemical engineering, tapi setelah mendengar nasihat org2 yang dah pernah makan garam sebelum ni, finally here I am. (Lagi 3 minggu nak final exam, i really mean final as in no more exams after this, yahooo!!!)


Sepanjang hidup memang akan stuck dgn routine doctor yang akan busy ari2. I've seen those experience myself because my elder sister is a doctor, she owns a clinic. Awal2 sebelum klinik tu betul2 establish, hari-hari kerja sampai pukul 10 malam. Sabtu pon keje jugak. Her husband is a specialist in a private hospital, he is even busier (so don't think once you have become a specialist, you boleh lepak2 kat rumah ye). Oncall xtau la bape kali seminggu. Sometimes, baru smpai rumah tgh2 malam, ade pager masuk, and kena la balik ke hospital semula. Kdg2 pukul 5 pagi dah keluar rumah (I've heard this from my sister).. But now, he has one assistant, so kurang la sikit kerja. (But frankly speaking, memang banyak gila la kan gaji bila kerja private, gaji kita setahun pon agaknya xdapat nak beat gaji dia sebulan)

Back to reality, I still have one more year as a student intern, senang cakap pre-housemanship year. Dah xde exam ape2, totally practical and will do the same as what interns or HO or whateva you call it do. But, under supervision. Bila orang tanya, kenapa Adelaide Uni smpai 6 tahun, this is the answer. We have one extra year untuk practice jadi intern, so that when the time comes, competent la cket. Xdela terkapai-kapai sgt. BUT this only applies if i'm gonna work here. Sebab setiap hospital ada guidelines masing-masing, and in OZ they are so evidence-based. I don't know the situation back in Malaysia. So, I'm freaking out jugak la especially selepas baca luahan perasaan rakan-rakan yang dah start menjadi HO. I guess, this is the path that I choose, so just be patient, betulkan niat kerana Allah and everything is gonna be fine :)

This is my beloved university :)


Ok, next thing I wanna share is related to the above statement. About housemanship officer. I read a reflection about housemanship from this one blog. 


Basically apa yang dia cerita typical dengan cerita-cerita HO sebelum ni. Memang xbanyak berubah. Banyak kerja, kena marah, inhumane etc.. I could not say much sebab I'm not in their shoes. But, what I know it's gonna be really hard and harsh! But, what makes me freak out, bila baca comment2 dalam entri tu. Ada yang baru sebulan start kerja, da gantung diri sebab stress sgt. Ada kisah lagi 2 HO masuk psych ward (wad sakit jiwa). This one story really makes me cry. Ada seorang suami kepada seorg HO ni. His wife hari2 balik kerja menangis, mengadu kat dia mcm2.. Senior doctor xbagi balik rumah etc.. One day, this husband dah tak tahan tgk isteri dia kena buli, so he went to the hospital and punched the senior doctor on his face. Dah jadi kes polis plak, suami tu pon kena penjara 3 bulan. So dah hilang support la isteri dia ni, she lost her insanity due to overstressed and finally died.. Sob3.. Sampai mcm tu sekali ke? Skang dah 7 tahun isteri dia meninggal. Innalillah..

Itu cerita org, saya xtau ape cerita sy nanti. Hanya doa dan tawakkal kepada Allah. I know it's gonna be hard especially for me, graduate from oversea. Seriously speaking, OZ has one of the best environments to work for doctors. Everyone works as a team, most of the consultants, RMO, registrars are so supportive towards the interns, yes that's true. Xde nak marah-marah xtentu pasal, kalau salah memang la akan ditegur but bukan dgn cara yang memalukan. I am always wondering mcm mana orang yang tiada kepercayaan pada Allah ni, moral diorg sgt tinggi. They know how human should be treated. 



I still remember, when i was doing medical rotation last year, ade sorg intern buat salah yang besar and dia sgt down time tu. Memang takut akan dipersalahkan oleh consultant, sikit lagi patient tu nak mati. But this one consultant, langsung xmarah, but really supports her and even cuba nak defend intern tu. Owh, that's so sweet okay.. and in another rotation, ade sorg consultant ni sgt baik yang amat, sentiasa senyum and lansgung xpernah marah. One day dia kata nak belanja makan, dia berkeras nak belanja sebab he said dia masih ingat lagi time jadi medical student, he knew this one consultant that was so kind to him. suka belanja student jugak, and so nice to everyone. So dia kata, start dari aritu, dia bertekad nak jadi those very kind consultants that student will remember :)

So kesimpulannya, hidup ni memang ada turun, ada naik. Ade waktu happy, ade waktu sedih, ade waktu down and up. As long as you connect your heart and mind to Allah, He will guide you. Ketenangan, perasaan kita semua ni Allah tahu. Dia Maha Mengetahui. So, xpe kalau manusia benci, buli, suka marah-marah kita, layan kita macam sampah ke, yang penting we know Allah is always with us :)

Huh, I think that's enough for now. Next, buat jadual utk study. Have to give my 200% commitment to this very final exam. Hope everyone has a happy day! Next time dah boleh cerita pasal my big day plak. Excited!! 
Tata titi tutu. Wassalam.

Tuesday 4 October 2011

My first entry - life equals to decision

Life is the sum of all your choices.  ~Albert Camus~

Baru nak try buat blog. Ni pon satu decision jugak, tiba-tiba terasa nak ada blog jugak. Dulu memang pernah ada, 3 tahun lepas, tapi lepas buat satu entri, terus tak pernah jenguk dan akhirnya memang langsung lupa da apa nama blog tu. :P

Nak cerita cket pasal membuat keputusan. Dari kecik sampai besar, memang tak pernah lari dari buat keputusan. Mungkin la zaman sekolah rendah dulu, mak kita yang banyak tentukan apa kita buat cthnya, nak pakai baju mana pergi sekolah, bawak sarapan apa, semua mak dah buatkan. Tapi bila semakin dewasa, kita dah kena start fikir pasal kehidupan sendiri. Start dengan membuat pilihan untuk teruskan pelajaran di sekolah mana bila da masuk 13 tahun.

Sebetulnya, saya memilih untuk ke SMAP Kajang dan rasa gembira sangat lepas dapat tawaran. Tapi parents nak teruskan tradisi adik-beradik, semua kena sekolah under JAIS. Dan akhirnya saya akur dan terus masuk SAMT Hishamuddin Kg Jawa Klang, tapi sempat duduk sana 2 minggu je. Then, dapat tawaran SAMBEST dan alhamdulillah, saya rasa bersyukur survive sampai form 5 dekat sekolah tu. Kalau nak cerita kenangan, memang banyak sangat. Sampai sekarang pun, memang sgt terkesan dalam hati.

Lepas SPM, ini memang dilemma nak sambung kat mana. Mula-mula memang tak fikir panjang, nak masuk matriks dan sambung dekat ipta. Sekali borang matriks buat hal pulak, boleh hilang pulak di bahagian kementerian. 3 kali saya dan family pergi Putrajaya nak cek borang matriks sebab tak puas hati kalau just call pegawai diorg. Last2 dah give up dan malas nak fikir, terus je apply JPA. Waktu ni parents mula-mula tak berapa nak benarkan, dah la anak last, perempuan plak tu. And alhamdulillah, dapat tawaran utk sambung belajar di Australia. On the same time, dapat lagi 2 tawaran ; medic di USIM and medic di Russia under Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Memang dah berbelah bahagi time ni. Hati teringin nak pergi Australia tp bila fikir kan balik betapa lamanya kena belajar (setahun stgh preparation di Taylors dan 6 tahun di Adelaide), memang sgt berbelah bahagi.

The hardest thing to learn in life is which bridge to cross and which to burn.  ~David Russell~

Finally, lepas buat pertimbangan dan perbincangan dgn family, I chose Australia. Alhamdulillah, i think I made a right decision, walaupon jadi org paling last utk grade antara kawan-kawan semua, tapi saya sgt bersyukur dengan rezeki selama ini. Sepanjang belajar di Adelaide University dalam jurusan perubatan, memang banyak la suka dan dukanya. Nak kata mengalir air mata ni dah jadi lumrah. Hidup di tempat orang. Waktu first year dulu, i'm the only Malay and Muslim student dalam kelas. Mencabar tak mencabar. Memang susah nak adapt and ikut rentak diorg. And cara diorg belajar sgt lain dgn org Malaysia. Kalau nak jawab soalan, semua berebut-rebut nak cakap. You are gonna be a loser if you don't compete to speak up. Better to be the first person to speak up otherwise you are gonna run out of idea. All has been taken! That's one thing that I would love to see in Malayia.

And sedar tak sedar, I'm in fifth year now! Towards the end of this year is my final exam ever for MBBS! Our final exam is not in sixth year, it's indeed in 5th year. Because in 6th year, you are gonna be like intern but only given a limited number of patients to clerk.



And my story does not stop there. I've made another big decision that will change my life forever. Dan saya yakin dan percaya, keputusan yang diambil ni adalah yang terbaik. Keluarga menyokong dan org sekeliling juga menyokong. But nothing comes without problems. Dugaan itu sentiasa ada di mana-mana sahaja. Saya akan cerita what's the big decision next time... Hopefully next entry akan lebih berilmiah.. To be continued...