Thursday, 14 June 2012

End of semester holidays - pizza recipe!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Hari ni hari terakhir dalam semester ni sebelum bercuti selama 2 minggu. And after holidays, I have got one more semester before graduating! Alhamdulillah..

So, minggu ni sangat leisure sebab final mark and assessment for current rotation has been done last week since my supervisor is away this week to work in the country. And sgt excited nak balik Msia to meet my lovely hubby.  Miss him so much.. Ticket sume da ready, I'll be flying back on Sunday. Tak sabar rasanya nak bermanja2 dgn hubby yg dirindui.. Hehe..

Last Wednesday, I cooked 2 pizzas. Tetibe rajin nak buat sebab teringin nak makan. One with chicken and mushroom as the topping, and I put marinara mix for the other one. The taste is good (I think! Haha). Kalau kat Msia, xdenya rajin nak buat2 uli pizza sendiri, semua beli jea kalau teringin. Bagus jugak duduk oversea ni, byk la sikit belajar masak, kalau malas pon akan jadi rajin masak sebab terpaksa buat sendiri kalau teringin ape2. Firstly sebab makan luar mahal kalau kat sini, duit scholarship alhamdulillah cukup2 je menampung perbelanjaan, tapi xde la nak bermewah2.. Secondly sebab xdela byk sgt kedai makan yang halal and open 24 hours kat sini. Kalau kat msia, mamak kompen bukak memanjang. Raya2 pon diorg xtutup, dedicated betol diorg ni, sebab tula kedai mamak ni maju dan ramai pelanggan.

So, nak tunjuk sikit gambar pizza yang dibuat aritu bagi terliur sikit. Hehe.. Dah siap2 potong dah pizza ni, senang utk dimakan. Maaflah kualiti gambar xbest sgt. Almaklumlah, camera handset jea. Xkaye sgt nak beli DSLR.. :P

Pizza - chicken and mushroom 

Pizza - seafood marinara mix

Fresh from oven.. Ready for dinner.. 

Nak buat pizza ni bukan susah rupanya. Bahan2 yang digunakan pon murah, sgt affordable la. Just terfikir, betapa untungmya Pizza Hut, Dominos etc.. sebab charge mahal2 utk pizza. Kalau buat sendiri, satu pizza tu tak sampai 5 dollar pon! 

Ok, disebabkan dah tunjuk gambar pizza, kenala share recipe dia plak. Mudah jea.. 

Bahan-bahan:

Tepung pizza
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
2 sudu besar minyak sayur - saya guna olive oil
1/2 - 1 cwn air suam (utk menguli) 

Sos pizza
1 bwg besar
2 bwg kecil
2 biji tomato (cincang) 
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tomato puri (saya xde tomato puri, so letak 5 sudu besar sos tomato) 
2 sb sos tomato 
3/4 sudu teh gula
1 sudu teh oregano (boleh la tambah herbs yg lain kalau suka. Sy tambah bolognese herbs jugak)

Tumis semua bahan sos sampai mendidih dan pekat. 

Topping
Ape2 je boleh. Suka hati. 

Mozarellah cheese (shredded)

Cara-cara: 

1. Masukkan semua bahan kecuali air dalam bekas. Masukkan air suam sikit2 sambil menguli. Agak2 doh jadi lembut tak melekat, boleh la stop masukkan air. 
2. Perap selama 1 jam dalam bekas yang ditutup dengan cling wrap. Biarkan doh naik dua kali ganda. 
3. Lepas tu boleh la uli dan ratakan lebih kurang 5 mm. 
4. Ratakan sos pizza atas adunan tadi. 
5. Taburkan cheese sikit. 
6. Letakkan ape2 topping yang disukai. 
7. Letak cheese yang selebihnya.
8. Bakar pizza pada suhu 200 degree celcius selama 25-30 minutes

Ok. selamat mencuba ye. Nanti nak buat pizza ni bila balik Msia, nak bagi hubby rasa plak. Hopefully hubby suka nanti. :) 

Lepas ni nak kena belajar lagi macam2 masakan so that nanti encik suami xdela bosan saya asyik masak menda yang sama jea.. 




2 comments:

  1. whoah!! paim! kenape x penah buat pon dulu!
    tak fair!!

    :)

    ReplyDelete
  2. jasmine! dulu kecik2 mane pandai masak2 ni, skang jea tbe2 jadi rajin.. hehe..

    ReplyDelete