Bercakap pasal wedding preparation, saya ni bukan jenis yang teliti. List to do utk wedding ni pon letak dalam list to do kat handphone tu haa.. So far perkara-perkara penting dah settle, tinggal nak nikah jea. Antaranya:
1. Borang kebenaran berkahwin lelaki & perempuan (paling penting, xde ni, xboleh kahwin atau pon kena melalui mahkamah kalau xdapat kebenaran). Yang ni da settle last week. Alhamdulillah, lancar je, xde masalah.
2. Tempahan catering utk kenduri - Dah settle, catering from shah alam. Ni family yang uruskan. tau2 da ade jea.. Hehe..
3. Khemah utk kenduri - Same jugakla yg ni, kakak yg tolong tempahkan. Balik Msia da settle ditempah. Colour sume da pilih. Pasrah je la.. Haha..
4. Tempah tok imam utk nikahkah. Memang kenal pegawai nikah ni, mudah sikit urusan. Yang best, dia ada bacaan ikrar pengantin lelaki, perempuan, dan wali selepas akad. Dia rajin sikit nak sediakan ikrar2 tu semua nampak nikah tu ade protokol. I loike~
5. Baju pengantin, solekan, pelamin, photographer - Yang ni, memang tempah pakej kat orang yg same. Kenal dengan mak andam ni jugak. So, senang kerja. Baju da tempah sume, belah lelaki dan perempuan. Colour tema belah perempuan - Peach pink. Colour tema belah lelaki - biru firus. Baju biru firus tu cantik, memang berkenan sgt. Tak sabar nak pakai... Hehe.. Pelamin pon dah pilih. Alhamdulillah :)
6. Videographer - Awal2 dah tempah sbb takut tarikh tu ramai org kahwin. Video utk majlis nikah dan bersanding. Yang ni tak habis fikir lagi style video camne yg sy nak. Ade sape2 boleh kasi idea? hehe..
7. Kad kahwin - Dah pos sebahagiannya. Utk org2 kampung ni, ada yang belum bagi. Next week, kena jalan naik kereta pass sendiri kat rumah2 sekitar ni. Nak harapkan sape lg. Sendiri la kena buat. Hehe..
8. Bilik pengantin - On the way. Byk lagi x settle mcm hiasan sume tuh. Nanti la cari idea dulu.
9. Goodies - Dalam proses utk buat. Buat awal2 sgt nnt xbest plak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ada sape2 nak tlg??
10. Hantaran - barang sume da settle, tinggal nak hias. Ni boleh buat dalam minggu terakhir sebelum nikah. Ada makcik offer nak tolong buatkan. Boleh fikirkan kemudian
11. Baju keluarga - Semua dah tempah. Settle. Beli kain dekat jakel. Masing2 tempah ikut citarasa sendiri.
12. PA system - ni mak yang tempah.
13. Kompang - Not yet. Belum sempat lg nak book.
14. Pengapit - Sudah ada! hehe.. You know who you are.. :)
Rasanya tu je kot so far.. Nanti nak kena tgk balik checklist. Lagi 4 minggu nak kahwin! Hehe.. Excited but takut jugak. Tanggungjawab makin bertambah.
Nampak sweet kek ni.. Yummy...
Ok, nak pergi kenduri kahwin. Thanks for reading my blog. :)
No comments:
Post a Comment